an Islamic Tourism and Sport Fishing Services @ Mersing
Menyediakan dan menguruskan perkhidmatan pelancongan anda ke Mersing. Mari menyusur sungai Mersing, memancing, rekreasi, foto, kajian geografi, ekologi, berehat dan beriadah. Bawalah anak-anak, murid-murid dan sesiapa yang berminat. Kenalilah bumi, lihatlah ufuk-ufuk. Di sana banyak terdapat bukti kejadian makhluk-makhluk Allah.
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu? Surah al-fusilat ayat 53
Sunday, April 11, 2010
Susur Sungai Mersing
Mudik ke hulu…mencari lauk apa yang ada.
Abg Udin dari Singapura mencuba nasib memburu udang.
Udang Galah Jangkah…Alhamdulillah...En Farid dari Johor Bahru.
Besar botol ni…Alhamdulillah...ada rezki hari ni. En Fauzi dari Kota Tinggi.
Siakap ada juga… sungai yang kaya dengan sumber.
Sembilang pulak laa…Alhamdulillah... Allah maha mengurniakan rezki.
Burung Pucung mencari anak ketam sebagai makanan.
Burung bangau memerhatikan ikan timbul.
Nelayan sungai mencari rezeki di bumi Allah.
Sebuah lagi kampung nelayan di persisir sungai Mersing.
Sebenarnya sungai Mersing adalah lebar di pertengahannya.
Campakkan matakail. Alhamdulillah tak tunggu lama...bergantung kepada rezeki masing-masing…
HARAP MAAF!!! SEGALA SENARAI HARGA YANG DIBAWAH BAGI MENYUSURI SUNGAI MERSING DAN MEMANCING TELAH BERUBAH...SENARAI HARGA DIBAWAH TELAH DIBATALKAN DISEBABKAN MASALAH YANG TERTENTU...KAMI AKAN MENYATAKAN HARGA YANG TERBARU DALAM BEBERAPA MINGGU LAGI...HARAP MAKLUM...
Kami menyediakan beberapa perkhidmatan untuk anda pilih dan susun jadual mengikut kehendak anda.
1.Menyusuri Sungai Mersing - 2 jam - RM 30 seorang minimum 3 orang.
2.Memancing di Sungai Mersing - 3 jam - RM 40 seorang minimum 3 orang.
3.Memancing di Perairan Mersing - 3 jam - RM 40 seorang minimum 3 orang.
4.Menyusuri pantai Mersing - 3 jam - RM 50 seorang minimum 3 orang.
5.Surcaj bagi hari Public Holiday adalah tambahan RM15.
# untuk memudahkan pengurusan tempahan dan deposit 30% hendaklah dibuat seminggu lebih awal.
No comments:
Post a Comment