Tazkirah Falak: Sungai 01


سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ


حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍشَهِيدٌ

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu? Surah al-fusilat ayat 53


Sunday, April 18, 2010

Tazkirah falak: Sungai siri 2.

Betapa Allah tidak menjadikan sungai-sungai di bumi itu sia-sia.


وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ


وَأَنْهَارًا وَسُبُلًا لَّعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan Dia memantapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak bergoncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk arah.

Surah an-Nahal ayat15


Rupa-rupanya kita boleh mendapatkan arah, peta, geografi, mata angin dan berbagai faedah dari sungai. Oleh itu tuan puan, peliharalah, pelajarilah dan hargailah sungai.





Wednesday, April 14, 2010

Pulau Setindan

Juga pulau yang tiada berpenghuni, bersaiz sekitar tujuh km persegi, dikelilingi pasir pantai dan batu karang. Asal nama pulau ini adalah pulau Setandan dan akhirnya dinamakan pulau Setindan. Mengikut riwayat dari orang-orang tua, ini adalah kerana ia berbentuk seperti tandan kelapa. Jarak pulau dari muara sungai Mersing sekitar 4.5 km sahaja. Memang lokasi yang menarik untuk pemancing yang memburu ikan karang seperti kerapu, ketarap, bengkes, delah dan berbagai-bagai lagi. Biasanya pemancing akan berlabuh pagi dan balik petang. Pergi dan balik hanya RM40 seorang sahaja….



Pulau Batu Cawan

Sebuah pulau yang tiada penghuni, bersaiz kecil, sekitar setengah ekar persegi, dipenuhi dengan batu dan karang sahaja. Ia dinamakan pulau Batu Cawan adalah kerana ia berbentuk seperti cawan gergasi apabila diperhatikan dari darat. Jarak pulau dari muara sungai mersing sekitar 1.5 km sahaja. Memang lokasi yang menarik untuk pemancing yang memburu ikan karang seperti kerapu, ketarap, bengkes, delah dan berbagai-bagai lagi. Biasanya pemancing akan berlabuh pagi dan balik petang. Pergi dan balik hanya RM30 seorang sahaja….



Nelayan Pantai

Mersing mempunyai hampir 500 orang yang menceburkan diri dengan aktiviti nelayan pantai ini sama ada secara sepenuh masa mahupun separuh masa. Nelayan pantai atau nelayan persisir pantai, kebanyakannya mereka mempunyai bot kecil enjin sangkut. Mereka mencari ikan dan hasil laut di sekitar pantai dan sungai. Mereka menangkap ikan dengan memancing, memukat, memasang bubu, lukah, mencandat sotong dan memasang bento ketam. Nelayan kecil juga menjalankan aktiviti sampingan menambah pendapatan mereka seperti menjahit pukat, membuat bubu, membuat ikan masin, keropok, membawa pemancing dan pelancong. Jika kita bernasib baik, kita boleh membeli ikan-ikan segar dari mereka untuk kita bawa pulang sebelum kita balik. Jom kami bawa anda berkenalan dengan mereka.



Sunday, April 11, 2010

Panorama Sungai Mersing

Jambatan Mersing yang sentiasa sibuk. Jambatan ini akan diroboh dan diganti dengan jambatan yang lebih lebar di tepi pasar baru.




Jeti Berek 16. Jeti terapung. Selepas ini kita akan naik dari jeti ini untuk menyusur sungai

Panorama Sungai Mersing

Jeti Pelancongan Mersing…Sentiasa meriah dengan pelancong.





Jeti Pendaratan Ikan Mersing…Sibuk memunggah hasil laut.




Melintasi Kampung Tanjung…Salah sebuah kampung nelayan di persisir sungai Mersing.





Melintasi Bandar Baru Persisiran Sungai Mersing Fasa 2…Destinasi pelaburan strategik.




Melintasi Jambatan Mersing…Satu-satunya jambatan penyambung jalan darat untuk melintasi sungai.




Melintasi Komplek Medan Selera Berek 16…Boleh singgah sekejap. RR Sungai Mersing.




Melintasi Terminal Pengakutan Awam dan pasar Mersing…Pembangunan yang tersusun.





Melintasi Bandar Baru Persisiran Sungai Mersing Fasa 1…Destinasi pelaburan strategik hartanah.




Kemudahan disediakan. Jeti Terapung…Boleh naik terus ke pusat beli belah.




Melintasi kampung Sungai Muka Dua…Sebuah lagi kampung nelayan.




Melintas dock baikpulih bot…Apa jenis bot boleh dibaikpulih di sini.